Saturday, 8 October 2016

Orang makan orang

Antara suku kanibal yang paling bahaya di dunia.


 Orang makan orang? Wujud ke perkara macam tu dekat dunia ni? Siapa je yang sanggup nak bunuh seseorang and makan daging mangsa tu? Kalau dengar statement macam  ni kita mesti fikir benda macam ni wujud dekat filem je kan. Tapi sebenarnya, Orang makan orang atau dikenali sebagai suku kanibal ni memang wujud pun dekat dunia ni. Tapi bila difikirkan balik. Zaman sekarang ni benda apa je yang tak pelik lagi yang tak terjadi. dah macam macam benda pelik dah berlaku dekat dunia akhir zaman ni. Sebenarnya ada banyak lagi suku kaun kanibal yang saya jumpa, tapi untuk post kali ni saya just letak dua suku kanibal sahaja. 

So dekat sini adatiga suku kaum kanibal yang paling bahaya yang amalkan konsep kanibal.



1. Suku Karibia

Suku kaum Karibia ini antara suku kanibal yang terkenal. Suku Karibia dipercayai merupakan suku kanibal pertama yang memakan manusia. Nama suku ini diberikan oleh pelaut Colombus yang menggelar mereka 'caniba', yang membawa maksud orang makan orang. Tetapi budaya makan orang oleh suku kaum ni makin kurang selepas diorang ni mula menerima agama kristian


2. Suku Aztec

Sama juga macam suku Kariba. Suku Aztec juga mengamalkan konsep kanibal. Yang berbezanya diorang ni adalah suku kaum ni bunuh orang dengan tujuan utama atas upacara pengorbanan manusia yang mereka amalkan setiap tahun. Mangsa yang menjadi objek korban akan dikorek jantung nya dalam keadaan hidup hidup. Lepas tu barulah daging mereka dijadikan sebagai bahan masakan. 


Khasiat habbatus Sauda



Umumnya siapa je yang tak tau khasiat Habbatus Sauda. Khaisat Habbatus Sauda juga dikenali sebagai biji bawang, biji bunga adas, jintan hitam, ketumbar Rom dan Kalonji.

Antara kebaikan dan khasiat Habbatus Sauda ini adalah mampu untuk mengurangkan tekanan darah, mampu mengawal diabetis tahap kedua, meningkatkan kesihatan hati, meningkatkan daya ingatan, merawat penyakit asma, ,engurangkan risiko kanser, merawat cirit birit, merawat ekzema, meningkatkan warna kulit dan merawat masalah keguguran rambut. Saya pernah makan biji Habbatus Sauda ni, rasanya macam sedikit pahit dan pedas. Rasa dia bukannya pedas macam cili tu ye. Haha.

Bertapa banyaknya khasiat Habbatus Sauda ini sebenarnya. Sebenarnya, sebelum kajian dilakukan untuk tahu kebaikan dan khasiat Habbatus Sauda ini sendiri. Khasiat ini juga telah diperakui di dalam riwayat berikut

Tahajud

Solat sunat tahajud

Apakah fadilatnya?



Hari ni saya berminat nak post tentang solat tahajud. Saya ada satu buku bertajuk "Solat Sunat; Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini" . Penulis daripada Ustaz Abduk Rahman Mohamed. Ramai antara kita meng had kan diri kita untuk melakukan kebaikan. Dan saya percaya tak ramai berani nak melakukan solat sunat atas alasan tak hafal niat atau surah surah tertentu. Sebab saya sendiri merupakan golongan macam tu dulu. Saya takut nak solat sunat sebab saya fikir sya tak cukup layak sebab solat fardhu saya pun masih belum cukup kuat dan saya tak hafal lagi surah surah yang specific dalam solat sunat. 

Tapi  bila saya baca buku karya Uztaz Abdul Rahman ni, banyak sangkaan saya yang begitu meleset. Serius korang kena try baca sendiri buku ni. Banyak kebaikannya yang kita tak tau and amat lah rugi kalau kita tak rebut peluang yang Allah bagi ni. 

Antara kebaikan atau fadhilat solat sunat Tahajut ni adalah  Ketinggian Darjat ( Surah al-Israk:79)


Kesembuhan daripada Penyakit  . 
Daripada Salman al- Farisi katanya telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan siri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit badan"

Khasiat Green Tea yang anda patut tahu

Teh hijau atau green tea ni ada banyak khasiat tersendiri yang kita semua patut tahu. Well saya pasti mesti ramai juga di antara kita dah pun tahu apa khasiat green tea ini sendiri. Saya juga sebenarnya menggemari untuk consume green tea juga sebenarnya. Especially bia saya macam stress sikit, bila saya minum green tea saya dapat rasa badan saya dalam keadaan relax. 

Bila someone consume green tea, it will works as detox. Akan berlakunya pembuangan toxin di dalam badan yang secara tak langsung boleh mengurangkan berat badan. Haaa siapa nak kurus secara sihat and full of nature tu boleh la consume green tea. Tapi kalau korang makan tu macam tak sedar diri pun tak jalan juga. Kena la balance baru la dapat result yang bagus. 

Sebenarnya khasiat green tea ni dah dikaji dan dapat dibuktikan melalui kajian. Antara masyarakat yang memang gemar consume green tea ni adalah masyarakat Jepun. In fact, green tea ni dah jadi part of their daily basic life minum green tea ni setiap hari. Tu sebab ramai masyarakat Jepun ni yang hidup sampai 100 tahun pun ada sebab diorang jada kesihatan dan permakanan diorang dengan baik. 


Ini adalah antara kebaikan Green Tea


Pizza tu makanan orang miskin.

Asal usul kenapa pizza tuh makanan orang miskin.  

Siapa je yang tak suka pizza? Saya pasti kebanyakkan orang Malaysia memang gemar makan pizza tuh. Sebab tu banyak sangat restoran pizza macam Pizza Hut, Shakey;s Pizza, Domino Pizza and banyak lagi lah pizza sekarang nih.  Pizza merupakan salah satu makanan yang masih dapat permintaan yang tinggi zaman sekarang ni oleh pelbagai peringkat umur especially untuk youngster zaman sekarang. 

Berbalik pada tajuk saya di atas tu, sebab kenapa tajuk post saya hari ni pizza tu makanan orang miskin disebabkan sejarah awal pizza tu sendiri yang mungkin haya sebilangan orang yang tau. Terdapat masyarakat bertempat di sekitar laut ni yang mula mula menghasilkan roti bentuk bulat macam pizza tuh. Masyarakat Yunani ni kemudiannya makan roti yang telah diadun daripada tepung dan campur dengan air. Lepas tu masyarakat Yunani ni  campurkan lauk yang diorang nak makan tuh, leperkan dekat atas roti, dan diorang masak roti tu  just dengan panaskan dekat atas batu bawah cahaya matahari. Perkataan pizza tu juga dianggap berasal dari perkataan Yunani iaitu picea.

Selepas beberapa peredaran zaman, manusia sudah mula pandai mencipta api dalam tungku. Makanan pizza ni hanya sering dimakan oleh golongan miskin pada zaman renaissance Napoli di Itali.  Golongan miskin iaitu para petani yang membuat roti tawar dari gandum dan minyak zaitun. Para petani ni letak and taburkan hirisan keju mozzarella dan campur dengan sos tomato nak bagi sedap sikit. So, daripada situlah keju mozzarella dan tomato ni merupakan salah satu bahan utama nak buat pizza ni sampailah sekarang. 

Waktu tu orang atasan memang tak makan pizza sebab bagi diorang pizza tu hanyalah makanan untuk orang miskin. Sampai pada suatu hari ni yang telah mengubah tanggapan pizza. Pada tahun 1889, Raja Umberto I dan Ratu Margherita melawat Naples. Pasangan kerabat diraja ni dikatan bosan dengan makanan diet mantap mereka. Pasangan diraja ini  meminta pelbagai jenis pizza dari bandar ini Pizzeria Brandi, pengganti kepada Da Pietro restoran pizza, yang diasaskan pada 1760. Kepelbagaian ratu yang dinikmati paling dipanggil pizza mozzarella, pai mendahului dengan keju lembut putih, tomato merah dan selasih hijau. 
  
Disebabkan pasangan diraja ni yang sukakan dengan pizza dan topping yang sedap tu, di situlah bermulanya fenomena pizza yang telah menjadi kesukaan orang Itali dan meluas. 

Nampak tak macam mana fenomena pizza ni boleh berkembang luas sampai sekarang kot. Dah berabad pizza tu wujud dan masih mendapat permintaan ramai. But of course lah, evolusi rasa pizza juga yang nak memenuhi citarasa customer juga memainkan peranan penting. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah asal usul pizza boleh klik link ini  A Slice of History: Pizza Through the Ages dan link ni juga  Learning about pizza

Dekat bawah ni saya ada letakkan link video youtube cara cara nak buat pizza korang sendiri. Try je la buat kat rumah. Senang pun senang. Sedap pun sedap. Selamat mencuba!




                                          https://www.youtube.com/watch?v=HCAPjIVOdJw



Wednesday, 5 October 2016

Hai! Assalammualaikum. So ini adalah post blog roti sapu saya yang pertama. Tujuan blog ni dipublishkan pun atas sebab untuk projek assigment saya untuk subjek Internet Marketing. Kena cipta blog untuk fulfill criteria lecturer. Blog roti sapu ni bukan blog saya yang pertama. Tak ingat blog yang keberapa entah. Dulu blogspot ni hangat sebab benda baru lagi, so waktu saya zaman sekolah menengah tu rajin la create blog itu la ini la. Buat Tumblr la.  Seronok waktu tu, acahacah nak jadikan blog ni macam personal diary kononnya nak tulis and post apa saja kat blog tu. Hahaha... tak sangka sentuh balik blogspot ni.

Okay, kepada korang yang sudi singgah and review blog saya ni. Terima kasih banyak banyak la sebab support saya. Saya ni bukan jenis pandai nak mengarang or buat ayat pun. Setakat nak sembang teh tarik tu boleh la kot. So kenapa blog ni saya letak as nama Roti Sapu? Baru baru ni  23 September hari tu saya ada join satu seminar seminar teknikal bisnes CEO360 . Usahaawan yang bagi speach semua gempak gempak pulak. Tu haa tengok tu gambar dekat bawah tu. 


Siapa dekat sini suka or peminat Roti Kaya? Pengasas Roti Kaya ni salah seorang penceramah yang bagi talk dekat seminar ni. Hamzie Hambali namanya. Fisrt time saya kenal rupa orangnya macam mana. Memang cara dia sampaikan mesej and personaliti dia pun amat sempoi bagi saya yang pertama kali tengok dia la. So Hamzie ni cakap sebab dia namakan page dia sebagai Roti Kaya ni senang je. Sebab nya senang untuk orang ingat. Cukup 8 patah perkataan.  Sebab tu saya pun saja saja la nak cukupkan 8 patah perkataan. Susah kot nak letak nama blogspot ni. Asalnya nak letak nama kayu manis. Saya suka bunyi dia macam comel. Tapi invalid. Haa ambik kau, macam macam nama la saya try nak letak nak cukupkan 8 patah perkataan tu. Tak bagi effect pun kat assigment saya ni tapi saja la nak ikut cakap si Hamzie ni. Last last sangkut pulak nama Roti Sapu ni. Tak pe lah, letak je lah nama ni. Bukannya salah pun. Sekejap je pun blog ni wujud. Habis assigment nanti settle lah. 

So, itu je kot untuk post pertama untuk blog Roti Sapu pada kali ni. Next post saya nanti maybe saya akan post tentang produk saya nak jual nanti untuk assigment saya nanti. Okaylah bye.