Saturday, 8 October 2016

Tahajud

Solat sunat tahajud

Apakah fadilatnya?



Hari ni saya berminat nak post tentang solat tahajud. Saya ada satu buku bertajuk "Solat Sunat; Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini" . Penulis daripada Ustaz Abduk Rahman Mohamed. Ramai antara kita meng had kan diri kita untuk melakukan kebaikan. Dan saya percaya tak ramai berani nak melakukan solat sunat atas alasan tak hafal niat atau surah surah tertentu. Sebab saya sendiri merupakan golongan macam tu dulu. Saya takut nak solat sunat sebab saya fikir sya tak cukup layak sebab solat fardhu saya pun masih belum cukup kuat dan saya tak hafal lagi surah surah yang specific dalam solat sunat. 

Tapi  bila saya baca buku karya Uztaz Abdul Rahman ni, banyak sangkaan saya yang begitu meleset. Serius korang kena try baca sendiri buku ni. Banyak kebaikannya yang kita tak tau and amat lah rugi kalau kita tak rebut peluang yang Allah bagi ni. 

Antara kebaikan atau fadhilat solat sunat Tahajut ni adalah  Ketinggian Darjat ( Surah al-Israk:79)


Kesembuhan daripada Penyakit  . 
Daripada Salman al- Farisi katanya telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan siri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit badan"

No comments:

Post a Comment