Saturday, 8 October 2016

Pizza tu makanan orang miskin.

Asal usul kenapa pizza tuh makanan orang miskin.  

Siapa je yang tak suka pizza? Saya pasti kebanyakkan orang Malaysia memang gemar makan pizza tuh. Sebab tu banyak sangat restoran pizza macam Pizza Hut, Shakey;s Pizza, Domino Pizza and banyak lagi lah pizza sekarang nih.  Pizza merupakan salah satu makanan yang masih dapat permintaan yang tinggi zaman sekarang ni oleh pelbagai peringkat umur especially untuk youngster zaman sekarang. 

Berbalik pada tajuk saya di atas tu, sebab kenapa tajuk post saya hari ni pizza tu makanan orang miskin disebabkan sejarah awal pizza tu sendiri yang mungkin haya sebilangan orang yang tau. Terdapat masyarakat bertempat di sekitar laut ni yang mula mula menghasilkan roti bentuk bulat macam pizza tuh. Masyarakat Yunani ni kemudiannya makan roti yang telah diadun daripada tepung dan campur dengan air. Lepas tu masyarakat Yunani ni  campurkan lauk yang diorang nak makan tuh, leperkan dekat atas roti, dan diorang masak roti tu  just dengan panaskan dekat atas batu bawah cahaya matahari. Perkataan pizza tu juga dianggap berasal dari perkataan Yunani iaitu picea.

Selepas beberapa peredaran zaman, manusia sudah mula pandai mencipta api dalam tungku. Makanan pizza ni hanya sering dimakan oleh golongan miskin pada zaman renaissance Napoli di Itali.  Golongan miskin iaitu para petani yang membuat roti tawar dari gandum dan minyak zaitun. Para petani ni letak and taburkan hirisan keju mozzarella dan campur dengan sos tomato nak bagi sedap sikit. So, daripada situlah keju mozzarella dan tomato ni merupakan salah satu bahan utama nak buat pizza ni sampailah sekarang. 

Waktu tu orang atasan memang tak makan pizza sebab bagi diorang pizza tu hanyalah makanan untuk orang miskin. Sampai pada suatu hari ni yang telah mengubah tanggapan pizza. Pada tahun 1889, Raja Umberto I dan Ratu Margherita melawat Naples. Pasangan kerabat diraja ni dikatan bosan dengan makanan diet mantap mereka. Pasangan diraja ini  meminta pelbagai jenis pizza dari bandar ini Pizzeria Brandi, pengganti kepada Da Pietro restoran pizza, yang diasaskan pada 1760. Kepelbagaian ratu yang dinikmati paling dipanggil pizza mozzarella, pai mendahului dengan keju lembut putih, tomato merah dan selasih hijau. 
  
Disebabkan pasangan diraja ni yang sukakan dengan pizza dan topping yang sedap tu, di situlah bermulanya fenomena pizza yang telah menjadi kesukaan orang Itali dan meluas. 

Nampak tak macam mana fenomena pizza ni boleh berkembang luas sampai sekarang kot. Dah berabad pizza tu wujud dan masih mendapat permintaan ramai. But of course lah, evolusi rasa pizza juga yang nak memenuhi citarasa customer juga memainkan peranan penting. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah asal usul pizza boleh klik link ini  A Slice of History: Pizza Through the Ages dan link ni juga  Learning about pizza

Dekat bawah ni saya ada letakkan link video youtube cara cara nak buat pizza korang sendiri. Try je la buat kat rumah. Senang pun senang. Sedap pun sedap. Selamat mencuba!




                                          https://www.youtube.com/watch?v=HCAPjIVOdJw



No comments:

Post a Comment