Wednesday, 5 October 2016

Hai! Assalammualaikum. So ini adalah post blog roti sapu saya yang pertama. Tujuan blog ni dipublishkan pun atas sebab untuk projek assigment saya untuk subjek Internet Marketing. Kena cipta blog untuk fulfill criteria lecturer. Blog roti sapu ni bukan blog saya yang pertama. Tak ingat blog yang keberapa entah. Dulu blogspot ni hangat sebab benda baru lagi, so waktu saya zaman sekolah menengah tu rajin la create blog itu la ini la. Buat Tumblr la.  Seronok waktu tu, acahacah nak jadikan blog ni macam personal diary kononnya nak tulis and post apa saja kat blog tu. Hahaha... tak sangka sentuh balik blogspot ni.

Okay, kepada korang yang sudi singgah and review blog saya ni. Terima kasih banyak banyak la sebab support saya. Saya ni bukan jenis pandai nak mengarang or buat ayat pun. Setakat nak sembang teh tarik tu boleh la kot. So kenapa blog ni saya letak as nama Roti Sapu? Baru baru ni  23 September hari tu saya ada join satu seminar seminar teknikal bisnes CEO360 . Usahaawan yang bagi speach semua gempak gempak pulak. Tu haa tengok tu gambar dekat bawah tu. 


Siapa dekat sini suka or peminat Roti Kaya? Pengasas Roti Kaya ni salah seorang penceramah yang bagi talk dekat seminar ni. Hamzie Hambali namanya. Fisrt time saya kenal rupa orangnya macam mana. Memang cara dia sampaikan mesej and personaliti dia pun amat sempoi bagi saya yang pertama kali tengok dia la. So Hamzie ni cakap sebab dia namakan page dia sebagai Roti Kaya ni senang je. Sebab nya senang untuk orang ingat. Cukup 8 patah perkataan.  Sebab tu saya pun saja saja la nak cukupkan 8 patah perkataan. Susah kot nak letak nama blogspot ni. Asalnya nak letak nama kayu manis. Saya suka bunyi dia macam comel. Tapi invalid. Haa ambik kau, macam macam nama la saya try nak letak nak cukupkan 8 patah perkataan tu. Tak bagi effect pun kat assigment saya ni tapi saja la nak ikut cakap si Hamzie ni. Last last sangkut pulak nama Roti Sapu ni. Tak pe lah, letak je lah nama ni. Bukannya salah pun. Sekejap je pun blog ni wujud. Habis assigment nanti settle lah. 

So, itu je kot untuk post pertama untuk blog Roti Sapu pada kali ni. Next post saya nanti maybe saya akan post tentang produk saya nak jual nanti untuk assigment saya nanti. Okaylah bye. 

No comments:

Post a Comment